Friday, January 25, 2013

Peringatan Bersama~~~ Tips Menutup Aurat


Assalamualaikum~~~
ermmm,,peringatan buat diri sendiri sebenarnyer ni .. 

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. KESEDARAN. Sedar bahawa tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN. Mengasingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.


7. SAHABAT. Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.


Semoga dipermudahkan segala urusan, amiin~~~

credit : <3 KunfayakuN <3
















Tuesday, January 22, 2013

Cuti Sem yang Terakhir~~~ Insyaallah

Assalamualaikum~~~
Sudah 4 hari bersantai di rumahku syurgaku..menikmati cuti sem terakhir aku~~~ Insyaallah...pejam celik dok pejam celik,,bersengkang mata siang malam kat usm tu < cewah,,bersengkang mata la sangatkan,,padahal tak sampai 10 minit masuk kelas dah terlelap,,belum kira dok bujet2 nak study kat bilik atas katil,, 5 minit dah lesap,, aiyoyo cik pu3>...


~nampak cam beria sangat jer~
lip lap lip lap dah cuti sem yang terakhir...ni bermaksud tinggal 1 sem jer lagi...errrr cuak plak aku rase,,, ye la pas ni nak kena pikir plak nak buat pe pas habis belajar,,nak sambung belajar lagi ke,,nak kerja ke,,nak kahwin ke,,oppssss,,, kahwin?? apakah itu?? adakah perancangan jangka panjang aku??... bile tinggal 1 sem lagi ni,,duit pon tinggal untuk 1 sem jer la...pas 1 sem tu nak dapat duit dari mane?? agak2 kalau aku dok goyang kaki jer kat rumahku syurgaku,, sekali goyong leh dapat RM50 tak?? confirm2 la tak cik pu3 ui3...ermmm,, erk = = tak mahu pikir pe2 lagi ok...sekarang ni aku nak menikmati cuti sem dengan aman dan nyaman kat rumahku syurgaku,,, mana tak nyer,, duit dah kosong kosong kosong~~~ memang aku dok diam2 la kat rumahku syurgaku,, tapi OK jugak la aku dok rumahku syurgaku jer,,boleh la buat FYP aku <--sangat kunun2nyer = = ..


~stress2,, Dr Chin oh Dr Chin~
sambil2 tu aku kena gak buat kerja2 rumahku syurgaku sebelum ada yang datang buat spot check then kena bebel berkilo2 meternyer,,,tak moh teman... hehehe.. lastly aku nak ucapkan "selamatbercutisemsukesukidokrumahikuthatimatiikutrasabinasa" kepada sesiapa je yang sedang bercuti sem~~~
~sekolah sangat~